MINGGU 1
PENGERTIAN DAN KONSEP PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
1.1 KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN1.1.1 Pentaksiran
Kini
istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham
(2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran
digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada
suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran
seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor
mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada
pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
1.1.2 Pengujian
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970),
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori”.
Hasil
daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan
tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian
lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada
pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru.laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori”.
Contoh
skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120
untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi
sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem
berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian
personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan
pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari
Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah
1991:2).
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah
1991:2).
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.1.3 Penilaian
Penilaian
adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan
penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat
yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga
dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat
tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian
dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang
ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda
mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya,
tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang
dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa
yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep
pengujian, pengukuran dan penilaian, anda akan dapat merancang
langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah
“penilaian”.
"Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.
Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.
Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.
Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1.1 di bawah

No comments:
Post a Comment