Saturday, 17 September 2011

MINGGU 7 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA


TAJUK 7 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

~ dikenali juga sebagai perjanjian pembelajaran kontrak yang dibuat antara guru dan
pelajar.
~ persetujuan / kontrak antara guru dengan murid (individu / kumpulan) berhubung
dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
~ ia meliputi kriteria2 yang berkaitan dengan tugas berkenaan iaitu ;
bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan.
bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - adakah secara individu / kumpulan.
jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu yang terlibat.
berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan.
konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut.
~ kontrak biasanya ditandatangani apabila kedua2 pihak telah bersetuju dengan syarat2/kriteria2 yang telah ditetapkan.
~ fungsi kontrak pembelajaran
pelajar mengenalpasti dan merekod.
menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
mengenalpasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.
menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai.
membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil terakhir.

Penilaian Melalui Soal Jawab
~ ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal
jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.
~ sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid
tentang pelajaran yang telah diajar.
~ melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam
sesuatu topik / tajuk pelajaran.
~ kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment