Wednesday 5 October 2011

MINGGU 8 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA


Kaedah Penilaian Bahasa
Projek
Pengenalan

* Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
* Dalam konteks sekolah, projek bermaksud dilakukan secara amali.
* Tugasan dijalankan secara individu atau kumpulan.
* Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan.
* Interaksi di antara guru , rakan sebaya dan pihak lain adalah sangat penting.
* Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan.

Tujuan

* Menggalakkan pelajar bekerjasama.
* Murid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
* Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
* Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
* Memberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu berbincang.

Garis panduan laporan projek

* Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topik.
* Tentukan kriteria penilaian.
* Elakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras bahasa)
* Guna contoh yang sesuai.
* Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.

Langkah menjalankan projek

1. Penentuan tajuk dan skop
2. Penilaian awal projek
3. Pelaksanaan strategi
4. Pemprosesan maklumat
5. Penilaian hasil projek

No comments:

Post a Comment