Wednesday 5 October 2011

MINGGU 10 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA


Penilaian Kemahiran Bahasa
Forum

* Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
* Dijalankan secara formal.
* Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
* Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
* Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Debat

* Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
* Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
* Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
* Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
* Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
* Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
* Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

* Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
* Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
* Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

Pantun

* Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
* Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
* Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
* Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
* Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
* Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
* Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Sajak

* Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
* Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
* Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
* Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah

* Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
* Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
* Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
* Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

Syarahan

* Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
* Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perludisampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
* Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
* Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
* Peringkat / Langkah Kemahiran
1) Persediaan
· Memahami tajuk dan kehendak soalan
· Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
· Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
· Menulis perenggan pendahuluan
· Mengembangkan isi-isi secara tersusun
· Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3) Penyemakan
· Menyemak ejaan dan tanda baca.
· Menyemak tatabahasa
· Menyemak jumlah perkataan

No comments:

Post a Comment