Wednesday 5 October 2011

MINGGU 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA


 Penilaian Kemahiran Bahasa
Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu

Kemahiran mendengar

* Kemahiran paling asas
* Berlaku pada peringkat penerimaan
* Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

Kemahiran bertutur

* Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi
* Peringkat penglahiran
* Perlu ditiru & diajuk
* Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

Tujuan Kemahiran Lisan

* Menyebut perkataan / ayat dgn betul
* Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
* Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
* Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
* Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, & perbendaharaan kata yang luas.

Kemahiran-kemahiran yg boleh diperoleh oleh murid :

* Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul
* Bertutur dengan nada, intonasi, & sebutan yang betul.
* Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, & menghormati pertuturan orang lain.
* Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
* Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
* Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

* bacaan kuat
* syarahan
* perbahasan
* bercerita
* perbincangan
* hafazan
* temu bual
* soal jawab
* nyanyian
* deklamasi sajak
* mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

* mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
* mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
* mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
* mengesan kelancaran dalam sebutan.
* mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
* Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
* Contoh : PLBS

Menyediakan instrumen

* soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
* aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
* pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
* aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Konsep Kemahiran Mendengar

* Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
* Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
* Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
* Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
* Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

Peringkat Mendengar

* mendengar deretan bunyi
* Memahami bunyi-bunyi yg didengar
* Menilai bunyi-bunyi yg didengar
* Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar

1. Mendengar pasif

* Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
* Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

2. Mendengar secara bertelau-telau

* Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
* Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.

3. Mendengar tanpa tindak balas

* Mendengar tp tidak bertindak balas
* Tidak beremosi dan tidak memahami

4. Mendengar secara menebuk-nebuk

* Berlaku pada pelajar bahasa ibunda
* Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak

5. Mendengar secara beremosi

* Mendengar & mampu meransang emosi
* Merasa sesuatu dan bertindak balas

6. Mendengar secara berhati-hati

* Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
* Memahami ujaran dgn tepat

7. Mendengar secara kritikal

* Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
* PnP KBKK

8. Mendengar secara pengamatan

* Murid sudah mampu berfikir kritikal
* Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)

9. Mendengar secara kreatif

* Mengulas, mengritik, menilai
* Mencapai penguasaan bahasa yang baik

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
Peringkat awal

* Melakukan sesuatu yang disuruh
* Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
* Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

Peringkat pertengahan

* Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
* Mengesan urutan
* Mengenal sebab dan akibat

Peringkat maju

* Mengenal isi-isi penting
* Mengenal peranan dan perhubungan org yang bercakap
* Mentafsir maksud
* Memberitahu tekanan dan intonasi

Kemahiran Bertutur
Konsep

* Gabungan bunyi-bunyi bahasa
* Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
* Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
* Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek Pertuturan

1. Sebutan

* murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
* Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

2. Tekanan

* Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
* Biasanya dilakukan pada suku kata.
* Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
* Lambangnya ialah /?/.
* Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

3. Panjang-pendek (Mora)(Harakat)

* Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
* Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

4. Kefasihan

* boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

5. Laras bahasa

* kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
* melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
* Bertujuan untuk berkomunikasi.

6. Tatabahasa

* merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
* Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
* fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
* morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
* sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
* Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

7. Jeda

* jeda = persendian
* digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
* Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
* Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

8. Intonasi

* merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
* juga disebut sebagai nada suara
* intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
* intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

9. Nada

* nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
* nada tidak bersifak fonemik.

10. Kelancaran

* bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan
* menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
1. Gaya yg sederhana

* Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
* Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

2. Gaya bahasa mulia & bertenaga

* Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
* Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

3. Gaya menengah

* Bertujuan utk menghasilkan suasana yang tenang dan damai.
* Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
* Cth situasi pesta dan rekreasi

Faktor Mempengaruhi Pertuturan

* Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
* Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
* Fizikal – alat artikulasi
* Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
* Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
* Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
* Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.

No comments:

Post a Comment